Tuesday 6 September 2016

Homemade Masker - Rasyitsudu

Teks : Rapidah Ramli


Kali ini saya nak berkongsi mengenai kecantikan. Semua Orang nak cantik. Betul? Cumanya bahan untuk mengekalkan kecantikan itu ada orang yang tak mampu beli atau ianya tidak sesuai dengan kulit muka.

Haaa. Jangan memain, pilih sembarangan produk untuk kulit muka ni. Klau kena yang tidak sesuai jenuh nak merepairnya nanti.

Ok, Mari saya belanja  cara dan bahan pembuatan masker dari bahan yang terdapat dirumah sahaja. Low budget giteww. Resepi ini saya dapat dari seorang kawan dari group kecantikan. Kredit kepada Cikpuan Rusilla.

Katanya dia dapat resepi ni  dari youtube dan diolah mengikut bahan yang ada dirumah. Telah guna dua kali dan hasilnya sungguh mabeles.


🍁Bahan-bahannya🍁

🔺 Bedak sejuk atau  Satu sudu Tepung Beras

Jujur. Bedak sejuk saya habis. Jadi saya beli tepung beras ja. Hahaha. Malaslah nak kisar sendiri.
🔺Satu sudu kecil serbuk kunyit

🔺Satu sudu kecil susu segar.

Jika tiada susu boleh guna yogurt. Jika tiada juga olive oil pun boleh. Tiada juga? Air pun boleh.

🔺Satu sudu kecil madu

🔵 Gaul hingga rata. Memang dia akan jadi pekat. Kalau cair tak best nak tenyeh di muka

🔵 Ratakan masker ini di seluruh muka. Saya gunakan berus. Barulah sempurna dan cantik masker itu.

🔵 Biarkan 10-15 minit.

🔴 AWAS! Jangan senyum jangan gelak. Sebab masker ini akan mengeras. Kalau tak nak kulit tu jadi berkedut dan kerepot baik diam-diam ja.

🔵 Bila dah kering basahkan tangan dan dap dap air tu ke seluruh muka. Biar masker tu lembap.

Kemudian gosok dengan lembut. Lepas tu basuhlah dengan bersih.

🔵 Nak lagi best, tuam ais ke seluruh muka lepas pakai masker ni. Fuhhhh lebih segar tau.

🔵 Buatlah 2 kali seminggu


Nah, senangkan? Tak payah nak bazir beli pelbagai produk lagi dah. Buat sendiri jer. Lagi berbaloi.

Selamat beramal.

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design