Friday 13 February 2015

Resepi Cream Puff

Teks : Rapidah Ramli
Foro : Rapidah Ramli


Lama tak bercerita. Sibuk!. Alasan cliche. Hehehehehe.

Bukan apa sejak awal tahun hari tu sibuk urus persekolahan anak-anak dan masalah keluarga yang perlu diberi tumpuan.

Nak bercerita pasal banjir besar di Kelantan pada Disember hari tu pun tak sempat, kalut. macam la diri ni yang mengalami banjir tu. poyo jer lebih.

Lupakan kisah sedih, mulakan hari ini penuh semangat baru. Bangkit dari segala kejatuhan/kegagalan.

Hari ini KakDah nak cerita pasal makan, Hah, kalau nak tau, sekarang ini KakDah sibuk dok siapkan benda-benda ini. Tempahan dari kawan-kawan. Salah satu yang kawan tempah ini lah dia Cream Puff.

Sedap...sedap....sedap.

Makan memang tak cukup satu. Kalau beli, mahal. Buat sendiri lebih puas hati, Dapat makan banyak. Lepas makan jangan lupa eksesais ye, kang berat naik jangan salahkan Kakdah pulak.

Meh kita cikedaut resepinya....resepi ni pun KakDah amik dari facebook jer.


Tu diaaaa........maleh tulih, pakai gambaq macam ni pun buleh na. Tau hangpa semua bijak.

Nak habaq cara Kakdah buat, kira macam nota kaki la.

1. Kakdah guna kuali. Ya, Kuali. Motifnya supaya senang kacau. hehehehehe. Sebab tepung tu kita kena kacau hingga ia kering dan sedikit berkerak. kalau guna periuk (well, dah pernah guna sebelum ini) susah sikit nak kacau, kecuali kalau guna periuk non stick. banyak songeh la pulak. 

2. Bila tepung dah berkerak (jangan berkerak sangat tau, ala ala je). tutup api dan sejukkan sebentar. then transfer doh kedalam mixer bowl, pukul sambil memasukkan telur sebiji demi sebiji hingga sebati. (kalau nak guna tangan ja pun boleh, tapi kena beat kuat ye dan pastikan betul-betul sebati) tak larat mak deknon. mak dah tua.

3. Dulang di sapu majerin. kemudian paipkan doh mnegikut bentuk yang korang nak. kalau boleh, paipkan semuanya habis siap-siap sebab kalau lambat paip nanti doh dah mengeras dan susah kita nak paip.

4. Bakar ikut oben memasing ye. Standard tuk masak kukis. owh...sebelum masuk oben tu hangpa  kena spray ayaq ke doh siap paip tadi, baru bakaq. paham dak ni.

5. Kastad tu, kalau takat nak makan sendiri boleh beli je instant custard di mana-mana bakeri berhampiran anda. Tapi kalau nak berniaga, sendiri mau ingat la.

Oklah, adios lu nak pi sediakan bekpes. Hangpa cuba la buat cream puff ni. Berbaloi-baloi habaq hang.






0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design