Friday 13 February 2015

Belasungkawa - Datuk Hasbullah Awang

Teks : Rapidah Ramli
Foto : carian Google


Khamis 12 Feb 2015 bersamaan 22 Rabiulakhir 1436.

Jika malamnya diberitakan TGNA pergi buat selamanya, siangnya pula, pemilik suara sukan Malayasia telah 'pergi' dahulu dijemput  pada jam 12.20 tengah hari.

Datuk Hj Hasbullah Awang. Nama yang amat tersohor dalam dunia pengulasan sukan negara. Meninggal dunia di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara pada usia 63 tahun. Berasal dari Teluk Intan, Perak dan meninggalkan seorang balu, empat orang anak dan enam cucu.

Beliau di anggap pengulas sukan terbaik Malaysia kerana keunikkan suara emasnya dan berkhidmat dengan Astro Arena sejak Januari tahun lalu.

Beliau memulakan kerjaya penyiaran pada tahun 1974 sebagai Pembantu Siaran di RTM Kuantan, Pahang sebelum berpindah ke Angkasapuri Kuala Lumpur pada tahun 1980.

Pernah memenangi anugerah Pengulas TV Terbaik Sri Angkasa pada tahun 1989, 1991 dan 2004 menerima Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2010.

Beliau juga pernah digandingkan bersama Tengku Mariam Tengku Laksamana Nasir atau dikenali sebagai Kak Yong mengacarakan rancangan radio untuk kanak-kanak yang popular, Permintaan Apa Itu sekitar tahun 70an dan 80an.

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design