Teks : Rapidah Ramli
Bismillah. Assalamualaikum. Marhaban ya Ramadhan Kareem. Ya, hari ini sudah satu ramadhan. Jangan lupa pula, ke ada yang sarapan pagi tadi?
Alhamdulillah kita semua sampai bertemu ramadhan kali ini. Ada kawan-kawan kita yang tak sempat bertemu ramadhan kali ini. Jadi dengan itu, janganlah kita lepaskan tawaran yang Allah beri ini. Offer berganda-ganda, sale kat sogo pun tak boleh lawan.
Satu kebajikan yang dibuat berkali ganda di beri pahala. Buat yang sunat seumpama buat yang wajib. Bayangkanlah apa kita akan dapat kalau kita buat yang wajib?? Mesti lebih lagi kan??
Kak Dah dapat satu nota yang rasanya memang amat berguna untuk dikongsikan bersama. Kredit kepada penulis ini. Mulai hari ini boleh la amalkan. Maaflah lambat mengeposnya di blog.
Mari kita baca dan hayati serta amalkan mana yang boleh dalam mencari keberkatan di bulan yang mulia ini. Semoga segala usaha kita dirahmati Allah dan dimudahkan segala urusan.
Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)
Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah satu kesilapan. Nabi buka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepad hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari tidak akan berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kepada kesihatan.
2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.
3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......
- makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......
4. Selepas solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.
5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dgn paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan x basah.
5. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.
6. Solat Isyak berjemaah. Selepas itu solat terawih. Solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yg gopoh gapah.
7. Pastikan ringan ambil moreh. Makan lepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.
8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.
9. Bangun pukul 3 untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Tiasa masalah kesihatan.
10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,
11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.
12. Sahur. Sebaik2 sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam
11. Selepas sahur, terus solat subuh berjemaah.
12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.
13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.
Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami
Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr 8 jam.
Inilah antara inti kandungannya. Kalau selama ini kita berbuka main makan ikut dan ja kata orang utara, apa kata tahu kita ubah cara pemakanan kita. Ini kalilah!.
Ramadhan Mubarak, selamat berpuasa dan menjalankan ibadah di bulan mulia... maaf zahir dan batin...
Moga anda semua mendapat manfaat dari nukilan Kak Dah hari ini. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri. Hingga jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment