Thursday, 17 April 2014

Kisah Di Hari Khamis

Teks : Rapidah Ramli



Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Hari ini Kak Dah mengepos entri langsung dari Kolej Vokasional Gombak. Cuaca yang sangat baik hari ini redup dengan awan hitam tanda hujan akan turun bila-bila masa. ( Eh! Korang baca intonasi seperti pembaca berita tau).

Apa Kak Dah buat di Kolej Vokasional? Sambung belajaq ka? Daftar anak? Anak yang mana? Atau nak jumpa Pengarahnya yang hensem?

Khikhikhikhikhi.

Spekulasi la korang. Agak-agak la. Kalau Kak Dah buat semua benda di atas tu, macam mana pula Kak Dah boleh menulis entri ni. Jawapannya sudah tentulah Kak Dah sekarang sedang menunggu di tepi jalan dalam kereta. Tak tahu nak buat apa. Baik tulis sesuatu.

Hari ini satu hari Kak Dah berkeliaran di Kuala Lumpur. Rumah masuk sekejap kemudian keluar balik. Semuanya gara-gara Along mendapat panggilan temuduga ke UiTM pada hari sabtu ni. Jadi sempena dia cuti kerja hari ini, tu yang kalut siapkan semua dokumen yang perlu. Paling susah dalam semua dokumen yang perlu ada ialah SURAT BERANAK ibu dan bapa. Huh! Cari keliling rumah. Tak jumpa Kak Dah punya. Rasa dulu ada buat baru. Telifon mak tanya ada tak kat umah mak. Nasib baik mak cakap ada. Kanda punya pula memang kena buat baru la. Dah hancur. Jenuh berselotape. Nasib baik pagi tadi Kak Dah boleh mohon yang baru untuk dia.

Sekarang ni tengah tunggu Along wat pengesahan salinan di Sekolah lama. Masa dia baru masuk sekolah ni namanya Sekolah Menengah Teknik Gombak. Setahun kemudian di tukar kepada Kolej Vokasional Gombak.

Cepatnya masa berlalu. Ingat lagi masa dia masuk daftar dua tahun lepas. Pun kalut juga. Dah dapat panggilan masuk sessi pertama tak jawab. Bila dah akhir sessi kedua baru cakap nak masuk. Nasib baik rayuan diterima. Dah masuk, hal lain pula. Cenggeng. Bila telefon jer nangis ingat umah. Setiap dua minggu sekali akan balik, tapi untuk minggu yang tak balik, kami kena pergi ziarah dia. Ada jer benda yang dia nak. Tak cukup itu. Tak cukup ini. Nak itu. Nak ini. Ikutkan jugak la. (Tak boleh nak keluar asrama sebab Kak Dah dah tetapkan syarat nak masuk dulu. Kalau nak tukar sekolah duduk asrama. Jangan merengek nak keluar walau bagaimana di dera oleh senior). Hehehehe. Jadi soalan nak keluar asrama nak berulang alik dr rumah ke sekolah tidak boleh dibicara.

Jika direnung kembali, tiap minggu kami ke Gombak melawat dia. Minggu balik berjemput dan berhantar. Minggu tak boleh balik, kami kesana berkelah. Masak dirumah, bawa dengan periuk nasi kesana. Makan ramai-ramai di kantin.

Itu belum cerita, dia selalu mc. Kena sengat tebuan. Bengkak kaki. Kena gigit tah binatang apa. Bengkak badan. Terseliuh kaki sebab bersilat. Dan macam-macam lagi.

Bekalan makanan junk food jangan ceritalah. Tiap minggu ada jer order barang. Rasa macam buka kedai runcit pula. Kena restock barang tiap minggu.

Kiranya Along adalah last batch spm di sekolah ini. Dan alhamdulillah keputusan untuk spm 2013 adalah yang terbaik.

Lepas ini, Kak Dah rancang nak pergi rumah mak sekejap. Kemudian kalau sempat nak ke Jalan TAR. Nak cari kain. Ada projek baru. Dah masuk file sulit. Syyyyy. Semangat tengah membara. Tungguuuuuu.

Oh ya...takziah kepada keluarga Karpal Singh yang meninggal dalam kemalangan pagi tadi dan keluarga murid tahun lima yang jatuh kedalam longkang dan hanyut ke sungai petang semalam.

Kejadian berlaku tak jauh dari rumah. Memang petang semalam hujan lebat turun selama sejam. Kebiasaannya kalau hujan begitu, air sungai mesti melimpah dan naik tinggi. Ceritanya kata nak ambil bola takraw yang jatuh kedalam longkang.



Tapi, malang tak berbau. Tergelincir lalu masuk kedalam longkang. Arus air pula laju. Langsung terus masuk kedalam sungai.







Hingga pagi tadi rasanya belum jumpa lagi sebab nampak orang-orang JPAM berada di sepanjang laluan sungai tersebut. Polis dan JPAM pun nampaknya masih berkampung di tempat kejadian.

Mudah-mudahan budak tersebut dapat dijumpai segera dan selamat. Walau keadaan mengatakan sebaliknya. Tapi kita tak tahukan, segalanya dengan kuasa Allah. Jika belum ajal, pasti masih bernyawa walau apa yang melanda. Aamiin. Aamiin yra.

Jenuh juga yer menulis guna tab ni. Tapi best. Tak payah nak tunggu malam, bila pc kosong baru boleh masuk entri. Jumpa lagi.


Salam sayang
Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur
posted from Bloggeroid

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design