Teks : Rapidah Ramli
Ibu-ibu yang duduk dirumah mesti banyak ideakan. Macam mana nak selesaikan masalah berbangkit yang selalu di buat oleh anak-anak dan kadang-kadang oleh bapa anak. Kita biasa kena think a head dari nmereka ni. Chewahh Kak Dah speaking tu.
Biasalah ibu-ibu ni memang dijadikan tempat rujukan. Kalu mereka jadikan ibu sebagai rujukan, ibu-ibu merujuk kepada siapa yer?? Hah! inilah gunanya networking. Bukan setakat ahli mesyuarat tingkap semata-mata. Kita kan merujuk kepada ahli-ahli networking lain lebih berpengetahuan walaupun kekadang dia lebih muda dari kita.
Jangan merendah diri jika anda hanya seorang surirumah. Bangkit. Kita juga boleh bersosial dan menjana pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar pun dari rumah. Jangan la pulak tak keluar rumah kenal-kenal dengan jiran sekeliling. Lain pula jadinya nanti.
Mari kita berblog secara professional walaupun kita hanya seorang surirumah. Tak kira apa tahap pendidikan anda. Semua orang ada potensi dalam diri yang boleh dibangunkan. Hidup kita adalah dalam genggaman kita. Jangan biar hidup kita digenggam orang lain. Jangan takut untuk melangkah. Jangan takut untuk berubah. Tak ada siapa yang boleh menghalang. Segalanya ditangan Allah. Submit. Minta izin pada Allah. Tanya pada Allah. Kemudian usaha dan buatlah.
Pernah dengar kisah katak dan menara? Pernah? Apa pengajarannya? Err ada yang tak pernah? Hehehehe Kak Dah pun dengar setiap kali bila ada anak nak ambil periksa jer. Bila pergi mesyuarat PIBG, Guru Penolong Kanan sekolah mesti membangkitkan kisah katak dan menara ini. Rasanya dari Angah la. Baru-baru ni si Achik. Video yang amat menarik sungguh bermotivasi. Senang untuk faham. Terutamanya kanak-kanak UPSR. Dan katak itu sungguh comel!
Begini ceritanya. Ada sekumpulan anak-anak katak didalam sebuah kolam. Pada suatu hari, diadakan pertandingan memanjat menara tinggi. Untuk sampai ke menara itu mereka perlu melalui pelbagai rintangan halangan yang didakan. Hadiah yang akan diberi kepada pemenang juga sungguh lumayan.
Anak-anak katak sungguh bersemangat. Masing-masing membuat persiapan diri. Tiba di hari pertandingan, ramai penonton datang menonton. Semua mak katak, bapa katak, adik beradik katak dan beberapa binatang rimba lagi hadir untuk memeriahkan pertandingan memanjat Menara.Dalam keriuhan suasana yang kedengaran hanyalah suara-suara mengatakan :
"wah! sukarnya halangan yang diberi, boleh ke anak-anak katak ini buat nak sampai kemenara?"
"Fuyoooo jauhnya nak sampai ke menara. Anak-anak katak ini mesti tak boleh sampai ke Menara"
"Ya Allah, susahnya rintangan depan tu. Macam tak percaya jer anak-anak katak ini boleh buat"
Apa terjadi pada anak-anak katak yang mendengar kata-kata diatas? Ya, separuh dari mereka mula rasa goyah. Boleh ke aku buat. Boleh tak boleh. Boleh tak boleh. Akhirnya hanya seperuh yang berjaya ke Menara.
Dah sampai ke Menara ada lagi komen-komen :
"Huiiiiii tinggi nya menara. Sayup mata memandang. Anak-anak katak ni mesti tak boleh memanjat"
"Hailah! tinggi nya gayat den nengoknyer, budok-budok ni tak ghayat ko?"
"Tinggi ni. Kalau jatuh mesti patah riuk"
"Tak boleh! tak boleh! budak-budak ni tak boleh nak panjat ni, tinggi ni"
Anak-anak kata yang mendengar kata-kata komen tu terus makin merudum semangat mereka. Ramai yang jatuh. Tetapi ada seekor anak katak kecil tetap kosisten meneruskan pendakian tanpa menghiraukan jerit pekik orang dibawah. Akhirnya dia tiba di kemuncak menara.
Setelah diselidiki, rupanya katak tersebut katak pekak. Patutlah dia tak mendengar segala komen-komen negatif. Dan itulah punca kejayaannya.
Moral story : Usah peduli apa pandanga orang tentang apa kita buat. Yang penting kita berilmu dan tahu hala tuju kita.
Sekian.
Rapidah Ramli
Diari WAHMpreneur

posted from Bloggeroid
0 comments:
Post a Comment