Thursday 14 September 2017

Tragedi Tahfiz

Allahuakbar. Dari Allah kita datang dan kepadanyalah kita kembali.

Pagi semalam cuaca mendung. Suram dan hujan renyai disatu dua tempat.

Seawal azan subuh, bertebaran berita mengatakan sebuah tahfiz di Jalan Keramat Hujung sedang terbakar.

Sedih dan pilu. Sebak dihati panas mata mengalir air. Tak dapat dibayangkan betapa  takutnya budak-budak yang terperangkap didalamnya.

Diberitakan 23 orang mati terbakar kerana terperangkap. Tiada jalan keluar. Api marak mulai pintu keluar dan tingkap keliling bergeriji mati. Allah, Allah.

Kebanyakkan budak-budak ini berusia bawah 18 tahun. Dan ramai yang dalam lingkungan 10-13. Allahu. Ada yang sebaya Dak Amat.

Maaf, saya tidak fokus melihat gambar-gambar yang dikirim melalui whatsapp, telegram, twitter. Malah yang lalu gi garia masa facebook juga cepat-cepat saya scroll.

Jika saya yang membaca dan melihat pun sudah terasa kesedihan dihati, apatah lagi ahli keluarga yang terlibat. Tak mahulah nanti bila ada kejadian tak diingini berlaku pada saya, ianya akan menjadi tular juga.

Takziah kepada semua ahli keluarga. Moga Allah tempatkan mereka dikalangan ahli syurga.

Sehingga kini pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan pihak Bomba telah mengesahkan ianya bukan berpunca dari litar Pintas.


0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design