Friday 4 March 2016

Nina dan SPM

Teks : Rapidah Ramli
Foto : FB Rapidah Ramli
Nina is Abby.  Panggilan manja di rumah hanya dipanggil 'B'.  Singkatan kepada baby.  Ceritanya dia dihantar ke tadika homeschooling untum teman kakak.  Sungguh berdikari dan sentiasa mahu belajar.
Disebabkan dia yang paling muda didalam kelas,  semua orang panggil dia baby.  Lekat hingga ke besar.  Cumanya bila besar panggil B aje.
Semalam keputusan SPM telah diumumkan.  Menurut perangkaan kementerian SPM tahun 2015  banyak menurun.  Dalam hati dok berdebar
menunggu keputusan.
Kami bertolak awal pagi ke Taiping.  Meredah suram subuh.  Hari masih gelap walau jam telah menunjukkan jam 7 pagi.  Kenderaan mulai banyak.  Berpusu memasuki Kuala Lumpur.  Tak dapat nak bayangkan betapa serabutnya jika ahkak yang berada antara beribu kenderaan yang berpusu itu. 
Kami tiba di MRSM Taiping,  tepat jam 1030. Hanya perlu menunggu sebentar sebelum keputusan diumumkan.  Debaran didada makin terasa.  Tapi B nampaknya sungguh tenang.
Tahniah kepada MRSM TAIPING masih mengekalkan kedudukan pertama MRSM terbaik.
Tahniah juga kepada semua calon SPM 2015 yang mendapat keputusan yang cemerlang.
Tahniah juga kepada Abby 

0 comments:

Post a Comment

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design