Teks : Rapidah Ramli
Foto : Google
Foto : Google
Salam sejahtera semua. Semoga saya dan anda semua sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang Allah swt.
Kepada semua kawan-kawan dan pembaca sekelian,
Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa sunat dan lain-lain kecuali dengan memohon maaf kepada orang yang diumpat.
Justeru itu, sempena menyambut tahun baru Maal Hijrah, KakDah menyusun jari sepuluh andaikata ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan KakDah juga ingin memohon maaf andaikata dalam gurau senda, kata-kata dan tulisan KakDah selama ini mengguris hati dan perasaan anda semua. KakDah berharap anda semua dapat memaafkan diri ini dengan setulus hati dan penuh ikhlas.
Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri.
Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1436
Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT.
JOM KITA BUKA BUKU BARU DALAM HIDUP KITA.
0 comments:
Post a Comment