Teks : Rapidah Ramli
Assalamualaikum. Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Perbanyakkan selawat.
Allahumma Solli A'ala Muhammad wa a'ala a'liyy Muhammad.
Ini cerita sabtu lepas. Hah?! lama nya dah. Hehehehe. Well..... u know I know cukuplah.
Sabtu, 6hb September 2014.
Rutin setiap hari sabtu adalah menghantar si Achik ke sekolah untuk kelas tambahan UPSR. Tahun ini Achik akan menduduki peperiksaan UPSR. Lepas hantar dia kesekolah, kami bertiga, KakDah, Kanda dan Amat pergi bersarapan di pasar pagi Taman Kosas. Kali pertama nampak Amat boleh habiskan roti canai telur sekeping dan Milo Ais. Waaahhhh anak mak!. Mesti lapar sangat ni.
Setakat ni tak ada kejadian pelik sangat yang berlaku. Masa tengahari tinggal KakDah berdua dengan Amat di rumah. Amat dok main sengsorang dia lah. Sekejap keluar, sekejap masuk layan you tube, (tah hapa yang dia tengok? biasa ada lah projek dia tu), kemudian keluar lagi. Masuk, tengok you tube lagi, tak lama keluar lagi. kemudian dengar suara dia bersembang dengan cucu jiran depan. Tak apa lagi tu. KakDah pun ralit ja buat kerja kat atas.
Tiba-tiba tersedar.
Apa pasal senyap jer ni. Jerit panggil amat. Dia menyahut. oh! ok, Amat ada dan selamat. Tapi hati ni rasa semacam lah. Apa yang tak kena ni? Panggil Amat lagi, suruh dia masuk dan tutup pintu.Dia pun masuk dan naik atas, depan KakDah, tapi diam jer dan tengok TV. Hmmm. Dah Boring main la tu. Selalu mulut dia becok dok bercerita, tapi hari ni awat senyap pulak?
"Amat sembang dengan sapa tadi?",
"Dengan Hakimi."
"Hakimi mana?"
"Hakimi depan umah ni".
"owh...ok. Apa cerita?"
"Tak ada apa. Amat main dengan dia je".
Tak lama lepas tu dia berlari turun dan dengar pintu dibuka. "Amat nak pergi mana tu?"
"Amat kat luar ni jer". Dia balas. Senyap. Tanpa syak apa-apa, KakDah teruskan melipat kain yang bertimbun. Dah siap semua. turun kebawah dan tengok apa yang Amat buat.
Astagfirullahaladzhim.
"Mana kau amik anak kucing tu Amat?"
"Ni kucing Amat. Amat amik bawah pokok mangga kat luar rumah tadi".
Huwaaaaaa....nak kata apa kat budak ni?
Mak tak suka kucing.
Mak tak mau bela kucing.
Sapa nak bagi makan, nak buang tahi dia, nak rawat dia sakit, nak layan dia dan banyak lagi nak???
Cer tengok dia buh lam apa. Hangin jer ngan budak ni tau. |
Yang paling penting nak bela buh lam apa. Cage arnab hari tu mak dah letgo. Ya Allah!.
Tapi tengok muka Amat dan anak kucing ni kesian lah pulak.
Apa patut KakDah buat ni? Adakah mampu nak bela kucing ni? Kesian juga. Yatim Piatu kucing ni.
Boleh tak kalau KakDah buang anak kucing ni. |
"Mana mak kuching ni Amat?"
"Tak ada. Hilang. Ada anak dia ni jer. Kita jaga ye, pleaseeeee"
Alahai Amat.......
0 comments:
Post a Comment