Teks : Rapidah Ramli
Bismillah.
Alhamdulillah. Hari ini dapat bersiaran menggunakan lappy. Lama tak bersiaran. Terima kasih kepada pemgunjung sekelian. Walau tak ada cerita baru anda masih sudi singgah.
Oklah, dah seminggu cuti sekolah berlalu, apa ya aktiviti yang anda dan anak-anak lakukan??.
Bercuti di pantai?
Bercuti ke luar negara?
Mengerjakan umrah sekeluarga?
Menonton wayang? Jalan-jalan di kompleks membeli belah?
Balik kampung?
Hmmm, banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan ekk??
Cuti kali ini bagi Kak Dah macam tak cuti jer. Minggu sebelum cuti sibuk adik nak nikah. Seminggu lepasnya sibuk untuk majlis menyambut menantu kemudian lari uruskan pendaftaran along masuk ke Matrik Teknikal Johor dan selepas itu demam 3 hari sakit urat. Hahahaha bajet iron woman.
Minggu tadi pula sibuk hantar dan ambil achik yang ada kelas tambahan untuk UPSR.
Minggu ni pula sibuk menyediakan persediaan angah nak balik asrama. Wahhhh!!! anak-anak dah membesar. Cuti sekolah pun macam dah tak cuti.
Jadi korang yang ada anak kecil dan sedang membesar, hargailah masa anda dengan mereka kerana bila ia berlalu, tidak akan kembali. Kita tak akan sedar betapa pantasnya masa berlalu, sedar-sedar jer, owh!! along dah nak masuk U, kemudian diikuti oleh angah, achik. Amat mungkin lambat lagi lah.
Kalau dulu masa mereka kecil, kami suka pergi bercuti sekeluarga. Walau dapat duduk di hotel 3 bintang dah cukup memadai asalkan kami semua berkumpul satu keluarga. Kalau tak pergi bercuti, kami bereksperimen dengan resepi baru. Ini untung ada anak dara ramai. Tapi yang minat masak cuma angah!.
Wah! dah jadi macam luahan perasaan jer. Oklah sampai sini dulu, nak sambung mengemas barang-barang untuk along. Hari Jumaat nanti nak pergi Johor nak hantar barang-barang permintaan dia. Alah! alasan dia jer tu nak memacam, padahal nak jumpa family. Bila telefon suara macam orang demam jer. Demam rindulah tu. Tak pa kali ini Kak Dah dah sediakan sehelai baju yang berbau Kak Dah. Seminggu Kak Dah dok pakai tidoq baju tu dan tak basuh. (Cara ini dah guna untuk angah hari tu, dan ianya berkesan).
Oh! lupa cakap dalam kesibukan urus itu ini Kak Dah masih sempat membuat penghantaran Sambal Hijau Sedapp dan Jamu Susuk Dara. Orang kata sambil menyelam minum air. Hangpa yang berminat nak dapatkan Sambal Hijau Sedappp dan Nak dapatkan konsultan Jamu Susuk Dara boleh sms/whatsapp Kak Dah 013 4876247 atau isi jer borang tempahan Di Sini
Salam sayang semua. Jumpa di entri lain.
Kelas Blog Bisnes
7 years ago
0 comments:
Post a Comment