Teks : Rapidah Ramli
Bismillah.
Assalamualaikum semua. Apa khabar anda semua hari ini? Kak Dah alhamdulillah sihat tapi pening kepala sikit. Macam mana tu, sihat tapi pening?. Hihihihihi. Macam tu lah. Tubuh badan alhamdulillah sihat tapi kepala rasa sakit sikit. Entah lah, agaknya kurang tidur atau terlebih memikir. Kak Dah kalau stress akan senang dapat migrain.
Ni apa citernya pasal matrik, diploma ni? Kak Dah nak sambung belajar ke?
Niat di hati memang nak sambung belajar. Boleh masuk 'U' bersama anak. Grad sama-sama, tapi bila mengenangkan nak kena ulang belajar balik, errr tak apa lah. Hihihihihihihi. Belum cukup kekuatan nak melawan tenaga belajar anak-anak muda ini.
Sebenarnya ini adalah pilihan untuk along. Dia mendapat matriks di Pontian, Johor. Diploma di UiTM Jengka. Asi Teasl di Shah Alam. Asi Teasl dah pergi temuduga di UiTM Shah Alam April lalu. Keputusannya belum diumumkan lagi. Keputusan Matrik pula dah dapat dua minggu lalu dan keputusan UPU baru dapat minggu lepas.
Setelah di tolak, di bahagi, didarab bagai dia memilih untuk ke Matrik. Bahagian yang semua orang kata susah. Tak bagus. Payah nak lulus. Dan semua contoh saudara mara yang kandas dalam Matrik ini keluar. Yang ada sebahagiannya kami tak kenal pun.
Bagi Kak Dah sebagai mak, semestinya sokong apa yang anak nak buat dan berpesan agar dia pedulikan segala yang negatif. Tengok orang yang berjaya, jangan tengok orang yang kandas. Buktikan kau boleh buat, disaat semua orang tekan matrik adalah SUSAH!.
Mak, abah dan adik-adik semua sokong along. Malah yang paling seronok, mak mertua Kak Dah pun sokong. "Buktikan engkau boleh buat. Belajar bersungguh-sungguh". Kata opah. Sayang mak.
Kak Dah sebenarnya sekarang ini tengah tunggu along selesai berurusan dengan pihak sekolah. Tadi selepas hantar dia, Kak Dah COD jamu susuk dara dan sambal sedap kepada pelanggan. Err ada yang x faham ke apa itu COD?. COD bermaksud cash on delivery atau dalam Bahasa Melayunya bayar semasa penghantaran. Betul ke? Sambil menyelam minum air kata orang-orang tua. Sekarang Kak Dah dah selesai dia belum lagi. Seronok tak baca? Sambil-sambil buat kerja asasi kita dapat duit?
Sesiapa yang berminat nak mendapatkan Sambal Hijau Sedap atau nak mendapatkan konsultan percuma Jamu Susuk Dara boleh lah hubungi Kak Dah. Korang boleh isi borang tempahan atau whatsapp/sms Kak Dah. Kalau whatsapp/sms tu sila kenalkan diri dulu ye.
Oklah, tu along dah siap. Kami nak pergi buat urusan lain pula. Jumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment