Teks : Rapidah Ramli
Sekarang ni orang kahwin dah tak tunggu cuti sekolah dah. Tiap-tiap minggu ada jer jemputan kenduri kahwin. Kalau tak kenduri kahwin, majlis aqiqah cucu/anak.
Bagaimana dengan korang? Banyak terima jemputan?. Alhamdulillah. Hari tu sah kita tak payah masak. Kak Dah suka. Sebab tak payah masak. Tapi kesian la sapa yang buat kenduri kat Selangor ni. Ayaq kena catu. Payah la sikit. Kita tengok payah, orang yang wat kenduri lagi payah. Kesian.
Ni citer kawan Kak Dah. Dia dia jenis kalut sikit. Peniaga kedai runcit. Pagi tadi Kak Dah pergi jumpa dia hantar stok sambal bilis.
"Pidah, ko datang awal tau hantar stok sambal bilis tu. Kang tengahari aku tak ada. Nak pergi kenduri. Ada dua majlis". Awal pagi dah whatsapp pesan suruh kita pergi awal.
Masa sampai di kedai tadi, dia memang gelut sikit sebab pembantu tak datang lagi. Dah siap hantar stok, Kak Dah tunggu la kejap, sembang lebih kurang. Kemudian terus balik ambil anak di sekolah.
Lepas zohor dapat whatsapp dari kawan tadi.
"Pidahhhhhh"
"Ya, apahal?"
"Malu aku weiii. Malu semalu malunya"
"Kenapa? Apa yang terjadi?"
"Hahahaha. Aku salah pergi kenduri. Siap salam dengan tuan rumah dan makan lagi. Rupanya salah. Jemputan kenduri tu esok. Aku dok fikir hari ni. Cik hubby langsung tawar nak makan. Adesshhh".
"Hahahahahhaha.. gelak besar aku. Lawak la ko Alo"
Rasanya ramai yang mengalami situasi macam kawan Kak Dah tu kan. Tapi tak mahu mengaku. Malu. Percayalah. Anda tidak kesorangan.
Ini pun satu pembelajaran juga. Di masa hadapan kita patut lebih berhati-hati dan alert dengan tarikh dan masa sesuatu jemputan.
P/s : Hari ini Kak Dah dapat kek coklat moist dari cik Alo sempena besday Kak Dah. Barakallahufikum cik Alo.

posted from Bloggeroid
0 comments:
Post a Comment