Wednesday, 30 April 2014

Perjalanan yang jauh dan terberat

Teks : Rapidah Ramli

Bismillah.

Kemanakah nak di tuju? Kenapa berat? Susah sangat ker perjalanan ni? Mari kit alihat, apa yang dikatakan dengan perjalanan yang jauh ini.




Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Ramai orang kaya tidak mampu mengerjakannya yang sehari lima kali, bahkan banyak pula yang sekali seminggu pun (solat Jumaat) terlupa.
Tidak kurang juga seumur hidup tidak pernah pergi ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Orang pintar dan bijak pandai pun sering tidak mampu menemukannya.
Mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah dan Amerika.Dapat melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang tinggi.
Betapa sedihnya, ke masjid tetap juga menjadi perjalanan yang tidak mampu mereka tempuhi walau telah bergelar Profesor ataupun Doktor.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Para pemuda yang kuat dan berbadan sihat, mampu menaklukkan puncak gunung Kinabalu, Merapi mahupun Kalimanjaro pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid. Alasan mereka pun bermacam-macam,ada yang berkata inshaAllah, ada yang kata sekejap lagi, ada yang berucap tidak selesa dipanggil orang warak.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila sedari kecil kamu telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid.
Kerana bagi kami, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling kami banggakan selain perjalananmu ke masjid.
Biar ku beritahu rahsia kepadamu,hakikatnya perjalanan mu ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai Rabb mu, bukankah masjid itu rumah Allah?
Inilah perjalanan yang diajarkan oleh Rasulullah saw,serta perjalanan yang akan membezakan kamu dengan mereka yang lupa akan Rabbnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.
Lakukanlah walau kita harus merangkak dalam gelap subuh demi mengenal Rabb mu kerana hanya inilah satu-satunya jalan petunjuk yang Rasulullah saw sabdakan yakni Sunanul Huda (jalan kejayaan hanya solat berjemaah di masjid)

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid. Betul tak???

*Hidup adalah pilihan. Kita lah yang berhak untuk memilih apa yang terbaik untuk kita lalui.
posted from Bloggeroid

1 comments:

 

Diari WAHM preneur Template by Ipietoon Cute Blog Design